Gowmaz
#privacy #internet #aplikasi

Tor Project Lancar 'Tor VPN' Beta untuk Android – Level Privasi Baru atau Masih 'Buggy'?

Tor Project Lancar 'Tor VPN' Beta untuk Android – Level Privasi Baru atau Masih 'Buggy'?

Apa khabar semua pejuang privasi sekalian?

Korang mesti kenal dengan Tor Browser, kan? Pelayar web legend yang logo bawang tu, yang selalu orang guna untuk browse web secara anonim (anonymous) atau masuk ke “Dark Web”. Nah, berita panas hari ini ialah The Tor Project baru saja melangkah setapak lagi ke hadapan.

Mereka secara senyap-senyap (memang stail dorang kot senyap-senyap ni) telah melancarkan aplikasi Tor VPN Beta di Google Play Store. Ya, spesifik untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.

Sebagai peminat teknologi sekuriti, saya rasa benda ni sangat menarik untuk kita bedah siasat.

Apa Beza Tor VPN dengan Tor Browser?

Selama ni, kalau kita guna Tor Browser, cuma trafik dalam browser tu saja yang dilindungi. Tapi dengan Tor VPN, perlindungan ni dibawa ke peringkat sistem (system-level).

Aplikasi ini membolehkan korang kawal trafik internet dari aplikasi-aplikasi lain dalam phone korang untuk lalu ikut rangkaian Tor.

Feature Menarik: Split Tunneling & Arti

Ada dua benda teknikal tapi cool yang saya nak highlight:

  1. Split Tunneling: Tor VPN ni tak paksa semua trafik phone korang lalu Tor (yang kita tahu kadang-kadang boleh jadi slow sikit). Dia bagi pilihan. Korang boleh pilih apps mana yang nak dilindungi. Contohnya, korang boleh set supaya Twitter (X) dan Telegram je lalu ikut Tor, tapi YouTube lalu internet biasa.

  2. Litar Unik (Unique Circuits): Setiap aplikasi yang korang pilih tu akan dapat “jalan” keluar yang berbeza. Maksudnya, Exit IP untuk Twitter tak sama dengan Telegram. Ini menyukarkan pihak ketiga (macam advertiser atau ISP) untuk link aktiviti korang merentas aplikasi berbeza.

  3. Dibina dengan Rust (Arti): Ini bagi saya paling power. Aplikasi ni tak guna kod lama berasaskan C, tapi guna Arti—implementasi Tor versi baru guna bahasa pengaturcaraan Rust. Bahasa Rust ni memang terkenal lebih selamat memori dan kurang bug berbanding C.

Bypass Sekatan dengan ‘Bridges’

Bagi kita di Malaysia, kadang-kadang ada isu sekatan laman web atau DNS blocking, kan? Haa, Tor VPN ni datang siap dengan ciri Bridges (jambatan) macam obfs4 dan Snowflake.

Fungsinya mudah: Ia menyamar trafik Tor korang supaya nampak macam trafik internet biasa. Jadi, kalau ada firewall atau penapis kandungan yang cuba sekat Tor, ciri ni akan bantu korang tembus halangan tu.

Amaran: Masih Beta & “Risiko Sendiri”

Tapi tunggu dulu, jangan terus uninstall VPN berbayar korang.

The Tor Project sendiri dah letak disclaimer besar-besar: Aplikasi ini masih BETA.

Maksudnya, ia mungkin ada bug, mungkin crash, dan paling penting iainya mungkin ada kebocoran data (data leaks). Kalau korang adalah aktivis, wartawan, atau seseorang yang nyawa bergantung pada kerahsiaan identiti, JANGAN GUNA aplikasi ni untuk kerja-kerja sensitif lagi. Tunggu versi stabil keluar dulu.

Tapi kalau korang setakat tech enthusiast yang nak tolong test dan report bug, silakan mencuba.

Kesimpulan

Kehadiran Tor VPN ni memang satu perkembangan positif. Ia bagi lebih kuasa kawalan privasi di tangan pengguna Android secara percuma dan open source.

Cuma nasihat saya, guna dengan berhati-hati. Siapa kat sini dah try download? Cer komen sikit pengalaman korang, laju ke slow?

Stay anonymous, stay safe!