Gowmaz
#business #berita tech #isu semasa

HP Bakal 'Buang' Sehingga 6,000 Pekerja Kerana AI? Awas, Laptop Akan Datang Mungkin Kurang RAM!

HP Bakal 'Buang' Sehingga 6,000 Pekerja Kerana AI? Awas, Laptop Akan Datang Mungkin Kurang RAM!

Ada berita kurang sedap baru saja keluar iaitu mengenai pelan terbaru HP Inc yang mungkin buat ramai pekerja IT mereka tak senang duduk.

HP sedang merancang pusingan cost-cutting yang agak drastik.

Korban Demi AI: 6,000 Pekerja Bakal Diberhentikan

Isu “AI ganti manusia” bukan lagi teori konspirasi, tapi dah jadi realiti depan mata. HP Inc baru saja mengumumkan mereka akan membuang antara 4,000 hingga 6,000 pekerja.

Alasannya? Mereka nak menggunapakai teknologi AI untuk “improve operations”.

CEO HP, Enrique Lores, memberitahu yang pelan “future-ready” mereka sebelum ini dah berjaya jimatkan USD 1.4 bilion. Tapi nampaknya itu tak cukup. Sekarang, mereka lancarkan program baru untuk jimat lagi USD 1 bilion dalam masa tiga tahun.

Secara kasarnya, ini bermaksud menggantikan lebih kurang 10% tenaga kerja manusia dengan automasi AI. Lores bagi contoh yang team dalaman mereka sendiri berjaya naikkan produktiviti sebanyak 16% bila guna AI PCs. Jadi logik korporat mereka mudah: “Kalau AI boleh buat kerja laju, kenapa perlu simpan ramai orang?”

Kejam? Mungkin. Tapi inilah realiti bisnes teknologi zaman sekarang.

Berita Buruk Untuk Pengguna: Isu “Memory Explosion”

Okay, isu buang pekerja tu isu korporat. Tapi apa kesan dia dekat kita yang nak beli laptop ni? Haa, ini yang korang kena ambil berat.

HP memberi amaran keras tentang “Memory Price Explosion”. Harga komponen memori (RAM) sedang naik mendadak di pasaran global. Untuk pengetahuan korang, kos RAM ni selalunya makan 15% hingga 18% daripada kos keseluruhan sebuah PC.

Bila harga RAM melambung, HP (dan mungkin brand lain juga) ada beberapa strategi untuk kekalkan profit margin, dan malangnya strategi ni mungkin rugikan pengguna:

  • Kurangkan RAM: Laptop yang sepatutnya datang dengan 16GB RAM mungkin diturunkan ke 8GB je untuk maintain harga.
  • Guna Barang Murah: Laporan mengatakan HP mungkin akan “qualifying lower-cost suppliers”. Ayat mudahnya, cari parts yang lebih murah (dan mungkin kualiti rendah sikit) untuk cover kos.
  • Naik Harga: Ini jalan terakhir. Kalau tak nak kurangkan spec, harga laptop lah yang akan naik.

Analisis Saya: Masa Depan PC & Poket Kita

Walaupun hasil jualan PC HP naik 8% (sebab ramai beli laptop baru), amaran pasal harga RAM ni agak merisaukan.

Bagi korang yang plan nak beli laptop high-spec atau gaming rig, nasihat saya. Beli sekarang kalau mampu. Kalau tunggu tahun depan, ada kemungkinan besar korang akan dapat laptop dengan RAM yang lebih kecil, atau terpaksa bayar harga premium untuk spec yang sama macam hari ini.

Apa pendapat korang? Adakah berbaloi buang ribuan pekerja demi mengejar penjimatan kos AI? Dan sanggup tak korang beli laptop yang guna “low-cost parts”?

Stay updated, stay smart!